Monday 30 March 2015

BBN 3402 (5) Impromptu Translation

Bagaimana dengan hari kamu semalam? Ada berita baik atau buruk? Banyak tugasan dan peperiksaan? Ada sesiapa tahu kenapa saya suka menggunakan perkataan “loads” berbanding “lots”? Tahu apa beza antara “loads” dan “lots”. Di UK, penggunaan “loads” membawa erti lebih banyak. Oleh itu, apabila kita menuturkan perkataan “loads” itu, kita akan menjadi lebih bersemangat dan nadanya pun lebih tinggi. Pati tadi, saya terlibat dengan kesesakan lalu lintas. Terdapat 2 buah ambulans yang sedang menyusuri seberang jalan. Saya keluar daripada kereta untuk melihat apa yang berlaku. Apabila saya keluar, tiada apa-apa yang berlaku. Ini memang tipikal orang Malaysia. Maksud saya, tipikal orang seluruh dunia. Untuk tugasan yang lepas, ada beberapa orang yang tidak memeriksa terjemahan yang dilakukan. Saya boleh tahu berdasarkan apa yang dia tulis. Untuk tugasan yang seterusnya, saya nak awak letak BBN 3401 sebagai tajuk tugasan. Nanti senang sikit saya nak cari tugasan awak. Apa cerita terbaru semalam? Ada apa-apa yang terbaru? Saya tarbaca tajuk utama di akhbar harian. Kenapa mereka nak cerita pasal kereta Ferrari yang meletup? Kenapa tidak Myvi? Atau Viva? Mungkin cerita tentang kereta Myvi di kampung Selamat ke. Apakah makanan kegemaran kamu? Pernah tak saya bagitahu yang saya suka Instagram sebab orang suka tunjuk gambar pasal makanan dekat situ. Makanan yang sedap-sedap. Contohnya penkek yang mempunyai lapisan coklat yang sedap. Tapi apa la feadahnya dia pergi tunjuk gambar pasal makanan pada waktu pagi. 

No comments:

Post a Comment